Posts Tagged ‘Photographic’

Eye On Malaysia HDR

December 9, 2009

HDR Lagi

November 1, 2009

Persinggahan Terakhir

October 2, 2009

* Foto – Nasir Zin

Fotografik – DeeLaPena

Gambar asal click di SINI

Gambar di atas adalah gambar Farah dan telah dikapturasi beberapa bulan yang lepas. Gambar ini telah diolah dengan menggunakan Photoshop CS3. Proses olahan mengambil masa 15-20 minit dan ini adalah percubaan pertama saya  menggunakan High Pass Filter pada nilai radius yang tinggi iaitu 45-70 pixels.Di sini saya ingin kongsikan bersama bagaimana  proses-proses yang dilakukan semasa membuat olahan pada gambar ini.

Pemilihan gambar yang bersesuai adalah amat penting di dalam setiap proses olahan yang hendak dilakukan. Ini adalah ianya akan mengpengaruhi hasil akhir sesuatu proses olahan.

Langkah pertama , copy layer dan  blending mode ke softlight. Seterusnya pergi ke Filter dan pilih  Highpass dan nilai radiusnya 40-60 pixel. Setelah itu  tukar Blending Mode ke Hard Light bagi mendapatkan kesan kontras yang tinggi. Oleh kerana penggunaan High Pass yang kesan lebam akan kelihatan pada bahagian muka. Kesan  lebam ini boleh dilihat dengan ketara apabila blending mode diubah ke normal .Bagi mengatasi masalah tersebut  surface blur filter digunakan. Pilih filter – blur- surface blur, di mana nilai radius yang saya gunakan  5-20 pixels manakala level threshold 1-10 dan blending mode diubah kembali ke hard light. Masih di atas  layer yang sama tekan kekunci alt+ option mask, pilih gradient tool-circular gradien -black to white.Drag  sedikit dari bahagian tengah muka ke luar. Ini  adalah  kerana kesan filter surface blur hanya diperlukan dibahagian muka sahaja. Selepas itu pergi Image -Adjustment-Desature bertujuan untuk mengelakkan colour tone agak keras kesan dari penggunaan high pass yang tinggikan. Sekiranya terdapat kesan halo disekeliling subjek , ianya dihilangkan dengan menggunakan kaler picker pilih 50%, pilih brush tool-darker color (mode)-opacity 70% ,pilih layer dan brush pada kawasan halo yang kelihatan . Proses ini olahan ini telah pun selesai. Pada gambar di  atas ,saya melakukan berberapa sentuhan terakhir iaitu   tekturs blending di mana gambar di blend dengan 3 jenis tekstur bagi mengelapkan  beberapa tempat yang agak over. Tekstur pertama dan kedua dengan mengguna blending mode softlight dan kurangkan opacity serta masking pada bahagian muka. Manakala tekstur ketiga deengan menggunakan blending mode multiply juga  kurangkan opacity seta masking di bahagian muka.Langkah terakhir copy layer tukar blending mode lighten ,proses burn dan colour balance adjustment dilakukan . Selamat mencuba.


Hari ini ramadhan telah beranjak ke hari yang ke-2.Waktu berbuka pun sudah hampir. Melihat gelagat anak-anakku di waktu berbuka  hampir tiba, membuatkan aku terimbau kembali zaman kanak-kanak aku  ketika suatu masa dahulu di waktu yang sama seperti petang ramadhan hari  ini. Terbayang-bayang di ingatan aku bagaimana rasa sengasaranya menunggu waktu berbuka setiap kali awal ramadhan di suatu ketika dahulu.Ketika itu menanti waktu berbuka merupakan sesuatu cukup menyiksakan. Masa itu mata aku akan sentiasa tertumpu ke arah jarum jam yang bergerak,terasa seolah-olah detik waktu terlalu perlahan berputar.Bau masakan ibu di dapur yang menyiapkan juadah berbuka  menyebabkan perutku bagaikan berirama kencang alunan muzik padang pasir. Masa itu juga ,aku melepek di depan tv sambil menonton drama Arab yang dimainkan  setiap petang di bulan ramadhan di Rangkaian 1 RTM. Lagi pun masa itu hanya ada 2 siaran sahaja di tv.Di fikiran aku ketika itu sudah membuat perancangan,bila buka puasa nanti aku hendak makan dan minum sepuas-puasnya. Sedang aku melayan rasa kelaparan,keletihan dan kelesuan berpuasa ,tiba-tiba suara ibu menjerit memanggil nama aku kedengaran. ketika itu jugalah aku mula mengeluh dan di dalam hati ,aku mengomel-gomel “..tu nak suruh pi hantar kuih ler tu..dah orang letih nie..nak jalan pun tak larat,”. Seperti biasa setiap petang aku menjadi runner menghantar kuih ke rumah-rumah jiran yang berhampiran. ” Jangan lupa mintak balik bekas tu”, pesan ibu. Setiap kali juadah yang dihantar kerumah jiran pasti ader balasan balik sebagai pertukaran.Di waktu itu bertukar-tukar juadah di bulan ramadhan sudah menjadi tradisi. Bila sahaja tiba waktu berbuka bermacam jenis kuih-muih berada diatas meja. Terasa sungguh berbaloi dengan kelaparan, keletihan  dan kelesuan berpuasa penuh pada hari tersebut.

Hari ini ,tradisi bertukar juadah bagaikan tidak wujud lagi.Peredaran masa bagaikan merubah segala-galanya.Walaupun kewajipan ibadah ramadhan tetap sama,tetapi hari ini suasana petang ramadhan tidak sama lagi dengan suasa petang ramadhan yang pernah aku lalui sewaktu aku zaman-zaman kanak-kanak dahulu . Suasana tersebut  seolah-olah telah hilang dan lenyap. Ianya tidak lagi dilalui dan di tempuhi oleh anak-anak zaman sekarang termasuklah dengan anak-anakku. Apatah ,lagi aku dan isteriku  masing-masing bekerja.Kesibukan dan keletihan pulang dari kerja  membuatkan  membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan bagaikan sudah menjadi tradisi .Kalau isteri ku hendak buat kuih-muih pun kena tunggu hujung minggu,iaitu hari tidak berkerja. Anak-anak zaman sekarang pun sudah pandai,bila waktu petang menjelang tiba mereka akan bertanya ” Ayah..jom pergi bazar ramadhan” atau “Ayah tak pergi bazar ramadhan ker hari ini, “.

Inilah  perbezaan suasana yang amat ketara  sekali di antara satu generasi ke satu genarasi. Walaupun begitu, ada perkara yang lebih penting lagi iaitu pengertian dan pengisian ramadhan wajib dipupuk ke dalam jiwa anak-anak kita. Biarlah zaman berubah, ramadhan tetap sama  ,tetap datang dan pergi . Sebagai umat islam tidak kira apa generasi pun , kewajipan dan tangunggjawab ke hadrat Allah S.W.T wajib ditunaikan.

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa..”

RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”

Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai syahrul ibadah (bulan ibadah) di mana terdapat nilai ibadah serta semangat beribadah yang juga tinggi. Ianya juga dikenali sebagai syahrul fath (bulan kemenangan) sepertimana umat Islam memperolehi kemenangan dalam ‘perang kecil’, Perang Badar. Juga disebut sebagai syahrul huda (bulan petunjuk) kerana pada bulan Ramadanlah turunnya petunjuk kehidupan, iaitu al-Quran pada pertama kalinya. Selain itu, bulan Ramadan juga disebut sebagai syahrul ghufran (bulan penuh keampunan). Pada bulan al Muabarrak ini, dibuka pintu pengampunan dan pembebasan daripada api neraka. Juga dikenali sebagai syahrul salam (bulan keselamatan), bulan Ramadan adalah bulan yang mengandung nilai-nilai pengajaran yang dapat menciptakan keselamatan, kesejahteraan dan kedamaian bagi umat manusia. Dan yang terakhir adalah sebagai syahrul jihad (bulan perjuangan),perjuangan menahan lapar dahaga dan perjuangan menentang hawa nafsu.

Semoga  kita  semua dapat menjadikan Ramadan sebagai wadah penyatuan mental sehingga tercipta kawalan diri yang baik yang akan meninggalkan kesan ke dalam masyarakat .Semoga ibadah puasa yang dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T dan semoga ibadah puasa dilakukan tidak  tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa daripada puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Bersama-samalah kita berdoa semoga  dikurniakan hikmah-hikmah yang terkandung semasa menjalani ibadah puasa bulan di Ramadhan yang mulia dan jua ibadah-ibadah  yang lain. Semoga apa yang dilakukan adalah  pengabadian kita kepada Allah s.w.t.

Atas usaha FOTOLOGI yang ingin  menemukan dan mengumpul ahli-ahli dan juga yang  menjadi ahli Komuniti Utara Fotomedia di bawah satu bumbung, maka majlis  ini telah diadakan pada 08-08-2009 bertempat di Cinta Sayang Golf & Country Resort Sg.Petani Kedah dengan jayanya. Walaupun sambutan agak kurang menggalakkan dan tidak seperti di majlis tahun lepas, tetapi sekurang-kurangnya usaha murni ini patut dipuji. Agak terasa juga akan kekurangan ahli-ahli yang turut serta , tetapi kemeriahan tetap terasa dengan gelagat-gelagat photographer-photographer yang hadir pada malam itu. Semoga usaha-usaha yang sebegini  akan dapat diterus di masa-masa yang akan datang.

Visitor

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.