Posts Tagged ‘Jurugambar Malaysia’
The Ray Of Lights
February 8, 2010
Tags: fotografik, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Malaysian Photographer, Photography
Posted in Photographic, fotografik |
1 Comment »
Eye On Malaysia HDR
December 9, 2009
Tags: Fotografi, fotografik, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Malaysian Photographer, Photographic
Posted in fotografik |
1 Comment »
Strobist Lagi.
November 16, 2009

Mereka yang terlibat Hayat,Amir Alias dan Aku ler.
Lighting Setting -DeeLaPena
Capture – DeeLaPena (amik gambar sendiri guna tripod)
Fotografik -DeeLaPeNa
My Official Photoblog Click HERE
Tags: Fotografi, fotografik, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Malaysian Photographer, Photography
Posted in fotografik |
2 Comments »
HDR Lagi
November 1, 2009
Tags: fotografik, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Malaysian Photographer, Photographic, Photography
Posted in Photographic |
1 Comment »
Outing Strobist – Kulim 25 Okt 09
October 28, 2009


Tags: Fotografi, fotografik, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Malaysian Photographer, Photographic, Wedding
Posted in Photographic |
4 Comments »
Irdina Humaira & Iman Hirzi – Menanti Waktu Berbuka Puasa
August 23, 2009

Hari ini ramadhan telah beranjak ke hari yang ke-2.Waktu berbuka pun sudah hampir. Melihat gelagat anak-anakku di waktu berbuka hampir tiba, membuatkan aku terimbau kembali zaman kanak-kanak aku ketika suatu masa dahulu di waktu yang sama seperti petang ramadhan hari ini. Terbayang-bayang di ingatan aku bagaimana rasa sengasaranya menunggu waktu berbuka setiap kali awal ramadhan di suatu ketika dahulu.Ketika itu menanti waktu berbuka merupakan sesuatu cukup menyiksakan. Masa itu mata aku akan sentiasa tertumpu ke arah jarum jam yang bergerak,terasa seolah-olah detik waktu terlalu perlahan berputar.Bau masakan ibu di dapur yang menyiapkan juadah berbuka menyebabkan perutku bagaikan berirama kencang alunan muzik padang pasir. Masa itu juga ,aku melepek di depan tv sambil menonton drama Arab yang dimainkan setiap petang di bulan ramadhan di Rangkaian 1 RTM. Lagi pun masa itu hanya ada 2 siaran sahaja di tv.Di fikiran aku ketika itu sudah membuat perancangan,bila buka puasa nanti aku hendak makan dan minum sepuas-puasnya. Sedang aku melayan rasa kelaparan,keletihan dan kelesuan berpuasa ,tiba-tiba suara ibu menjerit memanggil nama aku kedengaran. ketika itu jugalah aku mula mengeluh dan di dalam hati ,aku mengomel-gomel “..tu nak suruh pi hantar kuih ler tu..dah orang letih nie..nak jalan pun tak larat,”. Seperti biasa setiap petang aku menjadi runner menghantar kuih ke rumah-rumah jiran yang berhampiran. ” Jangan lupa mintak balik bekas tu”, pesan ibu. Setiap kali juadah yang dihantar kerumah jiran pasti ader balasan balik sebagai pertukaran.Di waktu itu bertukar-tukar juadah di bulan ramadhan sudah menjadi tradisi. Bila sahaja tiba waktu berbuka bermacam jenis kuih-muih berada diatas meja. Terasa sungguh berbaloi dengan kelaparan, keletihan dan kelesuan berpuasa penuh pada hari tersebut.
Hari ini ,tradisi bertukar juadah bagaikan tidak wujud lagi.Peredaran masa bagaikan merubah segala-galanya.Walaupun kewajipan ibadah ramadhan tetap sama,tetapi hari ini suasana petang ramadhan tidak sama lagi dengan suasa petang ramadhan yang pernah aku lalui sewaktu aku zaman-zaman kanak-kanak dahulu . Suasana tersebut seolah-olah telah hilang dan lenyap. Ianya tidak lagi dilalui dan di tempuhi oleh anak-anak zaman sekarang termasuklah dengan anak-anakku. Apatah ,lagi aku dan isteriku masing-masing bekerja.Kesibukan dan keletihan pulang dari kerja membuatkan membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadhan bagaikan sudah menjadi tradisi .Kalau isteri ku hendak buat kuih-muih pun kena tunggu hujung minggu,iaitu hari tidak berkerja. Anak-anak zaman sekarang pun sudah pandai,bila waktu petang menjelang tiba mereka akan bertanya ” Ayah..jom pergi bazar ramadhan” atau “Ayah tak pergi bazar ramadhan ker hari ini, “.
Inilah perbezaan suasana yang amat ketara sekali di antara satu generasi ke satu genarasi. Walaupun begitu, ada perkara yang lebih penting lagi iaitu pengertian dan pengisian ramadhan wajib dipupuk ke dalam jiwa anak-anak kita. Biarlah zaman berubah, ramadhan tetap sama ,tetap datang dan pergi . Sebagai umat islam tidak kira apa generasi pun , kewajipan dan tangunggjawab ke hadrat Allah S.W.T wajib ditunaikan.
Tags: Fotografi, fotografik, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Kids Potraiture, Malaysian Photographer, Photographic, Photography
Posted in Family |
2 Comments »
Salam Ramadhan -Mencari Kesempurnaan
August 21, 2009Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa..”
RASULULLAH SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”
Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai syahrul ibadah (bulan ibadah) di mana terdapat nilai ibadah serta semangat beribadah yang juga tinggi. Ianya juga dikenali sebagai syahrul fath (bulan kemenangan) sepertimana umat Islam memperolehi kemenangan dalam ‘perang kecil’, Perang Badar. Juga disebut sebagai syahrul huda (bulan petunjuk) kerana pada bulan Ramadanlah turunnya petunjuk kehidupan, iaitu al-Quran pada pertama kalinya. Selain itu, bulan Ramadan juga disebut sebagai syahrul ghufran (bulan penuh keampunan). Pada bulan al Muabarrak ini, dibuka pintu pengampunan dan pembebasan daripada api neraka. Juga dikenali sebagai syahrul salam (bulan keselamatan), bulan Ramadan adalah bulan yang mengandung nilai-nilai pengajaran yang dapat menciptakan keselamatan, kesejahteraan dan kedamaian bagi umat manusia. Dan yang terakhir adalah sebagai syahrul jihad (bulan perjuangan),perjuangan menahan lapar dahaga dan perjuangan menentang hawa nafsu.
Semoga kita semua dapat menjadikan Ramadan sebagai wadah penyatuan mental sehingga tercipta kawalan diri yang baik yang akan meninggalkan kesan ke dalam masyarakat .Semoga ibadah puasa yang dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T dan semoga ibadah puasa dilakukan tidak tergolong di kalangan orang-orang yang dinyatakan Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa daripada puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Bersama-samalah kita berdoa semoga dikurniakan hikmah-hikmah yang terkandung semasa menjalani ibadah puasa bulan di Ramadhan yang mulia dan jua ibadah-ibadah yang lain. Semoga apa yang dilakukan adalah pengabadian kita kepada Allah s.w.t.
Tags: Fotografi, fotografik, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Malaysian Photographer, Photographic, Photography, Ramadhan Al Mubbarak
Posted in Notice |
No Comments »
PERSAHABATAN
August 17, 2009
Pada 15 Ogos yg lepas aku telah bertemu dengan seorang sahabat lama Zulfekar,sahabat yang pernah bersama-sama pernah merasa keperitan semasa menjalani latihan asas ketenteraan di Pusat Latihan Rekrut Ipoh ( kini dikenali sebagai Sekolah Tentera Udara Ipoh) Siri 16/92. Kalau tidak silap pada ingatan aku, kali terakhir kami bertemu pada 1995, bulan berapa aku sendiri tidak pasti. Ketika itu kami bersama-sama mengikuti kursus Induksi Siri 01/95 di Kolej Tentera Udara Alor Setar.
Setelah 14 tahun tidak berjumpa dan sesungguhnya fotografi menemukan kami kembali. Seronok dapat berjumpa dengan skot lama, yang pastinya perangai masing-masing masih macam 14 tahun dulu, al maklum saja kami berdua bekas tentara ,perangai semasa dalam perkhidmatan dulu masih ada lagi sikit-sikit. Zul, kau memang best dan rasanya lagi best kalau dapat berjumpa skot-skot Siri 16/92 yang lain, boleh huru -hara kat Putra Jaya rasanya.
Zul, semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa dan lain ketika. Selamat maju jaya skot.

Gambar di atas ini adalah gambar anak aku Iman Hirzi (dari kiri),Irfan Wafi dan adiknya yang mana mereka berdua ini anak kepada Andalas Adnan. Persahabatan antara mereka terjalin kerana di usia mereka yang masih mentah lagi dan mereka sendiri masih tidak memahami akan makna persahabatan yang sebenarnya.
Tags: Fotografi, Friendship, Jurufoto Malaysia, Jurugambar Malaysia, Malaysian Photographer, Persahabatan, Photography
Posted in Gathering |
3 Comments »







